Sunday 27 February 2011

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN

             Masjid Permatang Tinggi ‘A’ telah melakukan Program Jati Diri bagi anak – anak yang bakal menduduki UPSR pada tahun lepas. Program ini telah dilaksanankan dengan jayanya melalui kerjasama semua ahli jawatan kuasa masjid dan sokongan ibu bapa. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan hampir 100 orang.

            Selain itu, masjid ini juga turut mengadakan aktiviti masyarakat seperti menyediakan bubur syura, bubur lambuk, sukaneka atau hari keluarga, kursus haji dan sebagainya. Lazimnya, setiap aktiviti yang dijalankan pasti akan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Hubungan sesama masyarakat setempat juga dapat di eratkan melalui akviti atau promram yang dijalankan oleh pihak masjid ini.

SUKANEKA  
BUBUR ASYURA


PROGRAM JATI DIRI


HARI KELUARGA





No comments:

Post a Comment