Sunday 27 February 2011

SEJARAH PENUBUHAN

         Masjid ini telah lama dibina sejak tahun 1959 lagi. Pada mulanya, masjid ini dibina dibina daripada kayu dan bumbung mengadap ke arah kiblat. Di hadapannya dibentuk sedikit  anjung untuk imam dan di bahagian belakangnya pula dibuat sebuah kolah sebagai tempat mengambil air sembahyang.

Masjid ini pada awal pembinannya mempunyai 4 batang tiang agung yang menjadi tunggak bumbung masjid yang di atas sekali dengan kubahnya merupakan unsur simbolik penghubung antara manusia dan alam sejagat dengan Tuhan penciptanya. Masjid ini juga mempunyai 4 penjuru. 4 penjuru masjid yang mengikut 4 tiang agung melambangkan 4 penjuru alam dan isinya wajib menyembah Allah.
 
            Adapun pembinaan masjid di Malaysia selepas merdeka tidak lagi menitikberatkan unsur-unsur yang membawa pengertian-pengertian simbolik tetapi menekankan kepada keindahan dan kesesuaian masa dan penggunaannya. Kini, masjid ini sudah diubah suai menjadi lebih besar dan selesa untuk kegunaan bersama. Masjid yang dahulunya hanya diperbuat daripada kayu kini sudah berubah menjadi batu. Hanya beberapa ciri – ciri lama sahaja yang dikekalkan.



No comments:

Post a Comment