Sunday 27 February 2011

KESIMPULAN

          Sebagai konklusinya, masjid merupakan rumah suci ALLAH S.W.T. yang sangat berharga kepada umat Islam di muka bumi ini. Masjid merupakan tempat untuk semua muslimin dan muslimat melakukan ibadat seperti sembahyang berjemaah, tempat untuk mempelajari hadis dan Al - Quran serta sebagainya. 

          Selain itu, masid juga boleh dijadikan tempat untuk semua umat manusia berkumpul bagi mengeratkan silaturrahim dengan melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti hari keluarga, sukaneka dan lain - lain lagi. Oleh yang demikian, marilah kita sama - sama menjaga kesucian rumah ALLAH ini. 

No comments:

Post a Comment